http://www.emailcashpro.com
Memaparkan catatan dengan label Gubahan Hantaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gubahan Hantaran. Papar semua catatan

Isnin, 10 November 2014

Bunga Telur Gubahan Hantaran

Sejak dahulu kala, majlis persandingan orang Nusantara atau khususnya orang Melayu sering kali dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang direka semata-mata untuk menyerikannya. Perhiasannya pula bukanlah seperti yang terdapat pada setiap upacara tetapi ianya khas untuk majlis persandingan kerana makna yang mengiringinya. Salah satu daripada perhiasan tersebut ialah Bunga Telur.

Bunga Telur Hiasan Gubahan Kak Min
Bunga Telur Hiasan Gubahan Kak Min

Ada di antara adat Melayu adalah warisan turun-temurun daripada kepercayaan silam, dan yang paling ketara ialah kepercayaan Hindu. Maksud adanya telur pada sesuatu upacara ataupun majlis ialah hadirnya kesuburan.

Dari keterangan orang-orang terdahulu, untuk menyesuaikan pada fahaman yang dianuti kebanyakkan orang-orang Melayu yang tidak mengikuti kepercayaan Hindu lagi, telur yang diadakan pada majlis tersebut digandingkan pula dengan barang lain beserta doa-doa tertentu untuk para mempelai.


Bunga Telur beserta Pulut Kuning Hiasan Gubahan Kak Min
Bunga Telur beserta Pulut Kuning Hiasan Gubahan Kak Min

Secara lazimnya, telur digandingkan dengan bunga di mana ia membawa beberapa maksud. Ada yang mengatakan bahawa seorang wanita ibarat bunga dan bunga telur mencerminkan bunga yang subur. Ada pula yang mengatakan bahawa bunga ialah punca tumbuh-tumbuhan. Apabila punca tumbuhan itu digandingkan dengan sesuatu yang subur, ia mampu mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan yang lain dengan lebih gah lagi. Justeru itu, bunga telur dianggap sebagai tanda doa agar pasangan tersebut subur dan dikurniakan zuriat dalam masa yang terdekat.

Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat untuk mengetahui khidmat Gubahan Kak Min. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Rampaian Istimewa Si Bunga Rampai


Bunga rampai, bukanlah bunga yang ada dengan semula jadi tetapi ia adalah campuran daun pandan yang dihiris halus, digaul dengan beberapa jenis bunga dan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa majlis dan adat istiadat di kalangan masyarakat Melayu umumnya. Majlis sedemikian adalah Majlis Pertunangan, Majlis Persandingan, Majlis Berkhatan, Majlis Akad Nikah, Majlis Cukur Rambut, dan sebagainya.



Aroma keharuman dari bunga rampai ini sangat menyerlah di sesuatu majlis yang diadakan sehinggakan suasananya sentiasa dalam kesegaran. Keberadaannya memberikan suatu terapi khusus kepada majlis persandingan dan teramat sesuai diletakkan di dalam bilik pengantin. Kesannya mewujudkan suatu ketenangan jiwa dan perasaan yang aman damai kepada yang mendapat baunya.


Bahan-bahan yang seringkali digunakan adalah seperti berikut:

  • Daun pandan
  • Daun nilam
  • Daun serai wangi
  • Daun limau purut
  • Bunga melor
  • Bunga ros kampung
  • Bunga tanjung
  • Bunga cempaka
  • Bunga kemboja putih
  • Kulit Limau purut


Sirih Junjung juga boleh diperolehi di Gubahan Kak Min. Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.

Ahad, 14 September 2014

Gubahan Hantaran Hijau Yang Ringkas

Pada minggu yang lepas, sebuah majlis pertunangan telah diadakan dengan iringan gubahan hantaran berwarna hijau yang ringkas. Walaupun bilangan dulangnya agak sedikit, gubahan yang ringkas ini telah cukup untuk menyerikan suasana pada majlis hari itu.



Dari cerita orang-orang tua, pada zaman dahulu pertunangan diadakan sebagai satu ikatan janji antara dua keluarga untuk menyatukan anak lelaki dan anak perempuan masing-masing sebagai pasangan hidup. Jarak masa pertunangan itu lazimnya diadakan sebagai tempoh untuk bakal mempelai membuat persiapan.



Bakal pengantin perempuan selalunya mengambil kesempatan untuk menimba ilmu yang lebih mendalam mengenai pentadbiran urusan rumah tangga yang akan dikendongnya. Manakala bakal pengantin lelaki pula mengumpulkan keperluan untuk majlis dan hantaran untuk pihak perempuan, selain menimba ilmu sebagai ketua rumah tangga.


Set Gubahan Hantaran berserta hiasan barang hantaran

Gubahan hantaran sering kali diadakan sebagai syarat tanda pemberian pihak masing-masing pada yang menerima. Ia adalah langkah pertama di mana keluarga masing-masing bakal memberi untuk membantu sesama keluarga. Yang pertama dan tentunya bukan yang terakhir. Oleh itu, gubahan hantaran yang sedikit bilangannya dan ringkas sudah mencukupi. Pada tahun 2014 ini sempena 1435 hijriah, Gubahan Kak Min menyediakan pakej tempahan dulang hantaran yang paling sedikit dan ringkas, 5 (lima) dulang dan 1 (satu) bakul sebanyak $300 seperti contoh gambar yang di atas itu. Jika anda hanya ingin menyewa dulangnya sahaja, Gubahan Kak Min boleh sewakan 5 (lima) dulang dan 1 (satu) bakul sebanyak $200 seperti contoh gambar yang di bawah ini.

Contoh Gubahan Hantaran tanpa barang-barang hantaran.

Contoh Bunga Rampai.


Bunga rampai juga boleh diperolehi di Gubahan Kak Min, dengan harga $2 sebiji bunga rampai seperti contoh gambar yang di atas (bakul dipinjamkan untuk waktu majlis). Sila rujuk pakej gubahan hantaran kami jika anda berminat. Untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855 untuk menetapkan hari yang anda inginkan.

Selasa, 26 Ogos 2014

Tradisional Sireh Dara - Penghulu Hantaran

Sirih dara telah menjadi pengiring bagi hantaran perkahwinan dari pengantin perempuan sejak berkurun lamanya. Kelaziman ini telah menjadi adat dan tradisi orang melayu yang harus dibanggakan.





Sirih dara melambangkan kedudukan si pengirim, iaitu seorang dara yang telah sedia untuk melangkah ke alam kehidupan yang seterusnya. Setiap bahan-bahan yang digunakan juga membawa maksudnya yang tersendiri. Kesemuanya memberitahu kesediaan si dara untuk melalui kehidupan sebagai seorang isteri.






Daun sirih berbentuk seperti jantung dan hujungnya berbentuk seperti runcing. Ia akan mengeluarkan bau khas yang segar apabila diramas.




Maksud kegunaannya; pengirim yang mulia hatinya, tidak mudah berputus asa, berani dan sering merendah diri.


Kapur sirih berasal dari batu jenis gamping yang diperoleh dari gunung kapur. Namun, ia tetap tidak sama dengan kapur yang digunakan untuk pembinaan bangunan. Ia adalah jenis yang tidak merbahaya untuk dimakan atau diminum. Kapur sirih memberi rasa yang pahit, payau serta hangat bila dimakan bersama sirih.
Maksud kegunaannya; pengirim mempunyai hati yang suci.


Gambir yang digunakan telah menjalani proses ekstrak, cetakan dan pengeringan dari daun dan ranting tanaman gambir. Rasanya pahit.
Maksud kegunaannya; pengirim adalah seorang yang teguh hatinya.



Terdapat pelbagai jenis cengkih namun secara umumnya cengkeh dapat diketahui dengan memiliki 5-7 helai daun tertutup, kepala bunganya berukuran kecil dan berwarna merah, ungu, putih, atau kuning. Rasanya pula pedas. Maksud kegunaanya; menggambarkan si pengirim sebagai seseorang yang berpegang kuat pada prinsip.



Buah pinang berbentuk seperti telur dan panjangnya sekitar 3.5cm hingga 7 cm. Maksud kegunaanya; melambangkan si pengirim dari keturunan yang baik dan berhati mulia




Kegunaan tembakau pula membawa maksud bahawa si pengirim ialah seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua rintangan.


Oleh kerana pengertiaan yang luas pada sirih dara ini, maka ia telah dikenali selama ini sebagai penghulu hantaran. Bahan hantaran yang lain pula adalah pengiring bagi sirih dara ini.

Dari dahulu kala, untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab seorang lelaki itu sebagai ketua keluarga, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki secara lazimnya lebih tinggi daripada pihak pengantin perempuan.

Apa yang kita boleh pelajari di sini ialah pendirian diri kita sendiri yang diperlukan untuk kita hadapi masa hadapan. Sesungguhnya, penghidupan seharian tidak selalunya indah namun adakah kita telah bersedia untuk menghadapinya bersama pasangan masing-masing. Semoga kita sentiasa diberi rahmat oleh Tuhan yang masa Esa.

Selasa, 15 Oktober 2013

Hitam & Putih, Gandingan Yang Berwibawa



Pakej Campur dan Ganding kali ini telah menyerikan majlis Adli dan Shila dengan penampilan hitam & putih, gandingan yang mudah namun berwibawa. Walaupun warna hitam menonjolkan kesyugulan, gandingan bersama warna putih telah dapat menapiskan kesan-kesan sifat yang kurang tenang hingga yang ketara adalah suasana yang selamat, damai, bersatu-padu dan berwibawa.

Campur dan Ganding (Hitam & Putih)

Warna putih dengan sendirinya menonjolkan sifat yang bersih dan suci namun ada terselindung sifat yang tidak peramah dan meninggi diri. Gandingan bersama warna hitam pula telah dapat menapiskan sifat-sifat yang kurang menyenangkan itu dan percampuran itu telah dapat mengabarkan sifat merendah diri dan saling berkerja sama.


Campur dan Ganding (Hitam & Putih)

Begitulah yang diharapkan pada setiap pasangan yang menyatu. Bersatu agar dapat saling membantu, berkerja sama demi untuk mencapai kedamaian dan keselamatan dalam melayari perjalanan hidup ini. Keburukan hanyalah suatu yang keruh, terimalah panduan agar dapat memulihkannya kembali pada jernih.

Campur dan Ganding (Hitam & Putih)

Seperti mana hitam dan putih menerima antara satu sama lain demi memulihkan perjalanan yang keruh menjadi jernih pada satu keselamatan. Inilah penyatuan yang berwibawa.

Campur dan Ganding (Hitam & Putih)


Kami dari Gubahan Kak Min, mengucapkan selamat pengantin baru buat Adli dan Shila, berserta doa semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana memilih gubahan hantaran oleh Gubahan Kak Min untuk menyerikan lagi majlis anda berdua.

Khamis, 29 Ogos 2013

Pakej 3 dari Gubahan Kak Min

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html

Pakej 3

Pakej 3 dari Gubahan Kak Min adalah pakej yang juga memberi anda pilihan dulang yang berbeza. Di dalam pakej ini, hanya dulang pahar sahaja yang digunakan dan anda berpeluang untuk memilih diantara papan berhias ataupun kotak kayu berhias sebagai alas gubahan anda. Kami ada menyediakan pelbagai gabungan warna yang boleh dipilih.

Anda hanya perlu memilih paling kurang 6 gandingan Dulang Pahar yang mengendong papan berhias ataupun kotak kayu berhias, dan bakul berhias dengan harga $250.
Jika ada dulang tambahan yang dikehendaki, setiap dulang tambahan akan berharga $45 sedulang.
Bakul yang dihiasi mengikut gabungan warna yang dipilih juga boleh dimuatkan sebagai tambahan dalam pakej ini dengan harga $45 sebakul asalkan jumlah bilangannya ialah 6.


Contoh gambar Dulang Pahar dan Kotak Kayu berserta Bunga (Biru)
Contoh gambar Dulang Pahar dan Kotak Kayu berserta Bunga (Biru)

Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Merah)
Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Merah)

Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Hitam & Putih)
Contoh gambar Dulang Pahar dan Papan berserta Bunga (Hitam & Putih)


Jika anda ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855.

Khidmat menghantar dulang gubahan ke majlis anda juga disediakan dengan sedikit bayaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami.

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html

Jumaat, 21 Jun 2013

Pakej 2 Dari Gubahan Kak Min

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html

Pakej 2

Pakej 2 dari Gubahan Kak Min adalah pakej yang memberi anda pilihan dulang yang berbeza. Bagi sesiapa yang inginkan penyediaan gubahan yang agak istimewa sedikit dan mengekakalkan keindahan di hari yang berbahagia, kami ada menyediakan pelbagai gabungan warna yang boleh dipilih.

Anda hanya perlu pilih paling kurang 6 Dulang Pahar ataupun Dulang Tinggi Berserta Bunga dan harganya ialah $180.
Jika ada dulang tambahan yang dikehendaki, setiap dulang tambahan akan berharga $35 sedulang.
Bakul yang dihiasi mengikut gabungan warna yang dipilih juga boleh dimuatkan sebagai tambahan dalam pakej ini dengan harga $45 sebakul asalkan paling kurang 6 Dulang Biasa tetap dipilih.


Contoh gambar Dulang Pahar/Tinggi berserta Bunga (Emas) - Gubahan Kak Min
Contoh gambar Dulang Pahar/Tinggi berserta Bunga (Emas)

Contoh gambar Dulang Pahar/Tinggi berserta Bunga (Merah) - Gubahan Kak Min
Contoh gambar Dulang Pahar/Tinggi berserta Bunga (Merah)

Contoh gambar Dulang Pahar/Tinggi berserta Bunga (Ungu) - Gubahan Kak Min
Contoh gambar Dulang Pahar/Tinggi berserta Bunga (Ungu)


Jika anda ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di nombor talipon 9238 0855.

Khidmat menghantar dulang gubahan ke majlis anda juga disediakan dengan sedikit bayaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami.

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html

Selasa, 14 Mei 2013

Pakej 1 dari Gubahan Kak Min

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html

Pakej 1

Pakej 1 dari Gubahan Kak Min adalah pakej yang paling ringkas. Bagi sesiapa yang ingin penyediaan gubahan yang mudah tetapi masih ingin mengekakalkan keindahan di hari yang berbahagia, kami ada menyediakan pelbagai gabungan warna yang boleh dipilih.

Anda hanya perlu pilih paling kurang 6 Dulang Biasa Berserta Bunga dan harganya ialah $150.
Jika ada dulang tambahan yang dikehendaki, setiap dulang tambahan akan berharga $30 sedulang.
Bakul yang dihiasi mengikut gabungan warna yang dipilih juga boleh dimuatkan sebagai tambahan dalam pakej ini dengan harga $45 sebakul asalkan paling kurang 6 Dulang Biasa tetap dipilih.


Contoh gambar Dulang Biasa berserta Bunga (Hijau & Putih) - Gubahan Kak Min
Contoh gambar Dulang Biasa berserta Bunga (Hijau & Putih)

Contoh gambar Dulang Biasa berserta Bunga (Biru & Putih) - Gubahan Kak Min
Contoh gambar Dulang Biasa berserta Bunga (Biru & Putih)

Contoh gambar Bakul (Hitam & Putih) - Gubahan Kak Min
Contoh gambar Bakul (Hitam & Putih)

Jika anda ingin membuat tempahan, sila kami di nombor talipon 9238 0855.

Khidmat menghantar dulang gubahan ke majlis anda juga disediakan dengan sedikit bayaran. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami.

Pakej kami telah diubah-suai. Sila rujuk keterangan lanjut di http://gubahankakmin.blogspot.com/p/package-kami.html

Jumaat, 5 April 2013

Kisah cinta dua hati yang jauh di mata.

Percintaan antara Zack & Lisa banyak mengharungi liku-liku dan cobaan cinta, seperti mana lazimnya dua hati yang jauh di mata. Namun kalau sudah jodoh, takdir juga yang menentukan ikatan silaturrahim di antara mereka berpanjangan. Bak pepatah orang-orang yang terdahulu;

“Ikan di laut, asam di darat di dalam kuali bertemu juga”

 Jauh perjalanan luas pandangan kalau dah jodoh bertemu jua. Segala rintangan sudah dilewati dan hari bahagia menjelang kini.


Sepasang kekasih ini telah diijab-kabulkan di Singapura pada 30 haribulan Mac 2013 yang baru berlalu. Kami di Gubahan Kak Min mendoakan agar kedua hati ini berbahgia dan kekal hingga ke hujung hayat mereka. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan pengantin kita Zack dan Lisa.

Kami dari Gubahan Kak Min, penyedia khidmat gubahan hantaran di Singapura, ingin menujukan pantun khas buat dua kekasih ini -

“Dari Aceh hendak ke Medan
Singgah sekejap ke rumah mak dara
Hantaran kasih kami persembahkan
Buat Zack & Lisa di hari bahgia”

Gubahan Hantaran oleh Gubahan Kak Min


Salam hormat, sekian terima kasih.

Jumaat, 1 Mac 2013

Konsep Black & Silver

Kisah cinta kali ini meminta kami menjadikankan keinginan pengatin perempuan satu kenyataan. Beliau, Nurul Huda memilih konsep "Black & Silver" bagi hantaran indahnya kepada pihak lelaki.

Konsep "Black & Silver" ini adalah koleksi eksklusif kami yang mana mempunyai 6 kotak istimewa.

Koleksi Kotak Berhias

Hantaran ber-konsep "Black & Silver" ini melambangkan kekuatan cinta yang menawan di antara Nurul Huda dan pasangannya Mohd Fahmy. Bak kata pepatah, hitam itu manis. Warna konsep ini juga menjadi tema di majlis persandingan di pihak perempuan yang diadakan pada 16 Februari 2013. Keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai yang datang turut mendoakan agar ikatan perkahwinan di antara mereka berdua berkekalan sampai ke akhir hayat. Amin...


Bagi kami di pihak Gubahan Kak Mindengan gembiranya mengucapkan tahniah dan semoga berbahgia hendaknya.Diharap hantaran yang digubah dengan ikhlas ini memberi kepuasan dan senyuman apabila melihatnya.

Terima kasih kepada Nurul Huda memilih Gubahan Kak Min, Gubahan Hantaran dari Singapura untuk barang hantaran di majlis perkahwinan beliau.

Selasa, 5 Februari 2013

Putih & Biru Konsep Campur & Ganding


Tahniah & Selamat Pengantin Baru kami ucapkan kepada pasangan pengantin Daniel & Natasha. Kami berdoa semoga mereka berbahagia selalu dan dapat kekal bersama hingga ke syurga.

Gubahan Hantaran Biru Putih SejadahTempahan ini dibuat oleh ibu Daniel iaitu Puan Jamaliah, untuk majlis pernikahan yang diadakan pada 6 Januari 2013 yang lalu. Terima kasih kami ucapkan pada Puan Jamaliah kerana telah menghubungi dan berbincang bersama kami tentang keinginan beliau untuk mengadakan perhiasan mengikut budget dan pemilihan konsep serta tema warna yang sesuai bagi gubahan hantaran. Gubahan hantaran ke pihak pengantin perempuan telah menerima sambutan yang sangat memuaskan. Kami turut bergembira majlis yang diadakan itu selesai dengan jayanya.


Terima kasih sekali lagi kepada Puan Jamaliah di atas keyakinan yang telah diberikan pada kami; Gubahan Kak Min, Gubahan Hantaran Perkahwinan & Pernikahan di Singapura.

Gubahan Hantaran Biru Putih Bakul   
Gubahan Hantaran Biru Putih Dulang Tinggi